Thursday 1 January 2015

Gyu-Kaku Japanese BBQ Restaurant, Publika Solaris

MHello semua..selamat memasuki tahun 2015..apa korang buat harini? Cik Yaya pagi tadi bangun rasa lapar terus pegi mkn wantan mee..lepas tu pegi melawat bff Cik Yaya yang kurang sihat. Cik Yaya doakan bff Cik Yaya cepat sembuh. Lepas dari tu apa lagi activity makan...harini Cik Yaya pergi makan di Gyu-Kaku Japanese Restaurant, Publika. Ini pertama kali Cik Yaya cuba japanese bbq, selalunya bbq berpeluh2 panas kan tapi kt sini memang sangat2 selesa. Takde asap berkepul2 yer hehehehe.


Ade bib lagi yer .. Bagus utk yang suka pakai baju putih mcm Cik Yaya ni. 


Dah panas membara yer utk di panggang. Wagyu nya tersangatlah sedap tapi seafood platter biasa2 sahaja.
Ini antara gambar-gambar yang Cik Yaya ambik sebab dah start makan dah x sempat nak ambik sebab kelam kabut membakar hehehe.





Untuk desert Cik Yaya order Green Tea dan Black Sesame dengan red bean. 
Memang banyak daging kita order dan sangat berbaloi rasanya. Nanti korang boleh la cuba kalau nak rasa mkn bbq dalam keadaan tenang dan tak panas. Agak ramai jugak pelanggan sebab boleh dikatakan penuh masa Cik Yaya pegi. 
Ok korang selamat tahun baru. Chow Chin Chow 😘

No comments:

Post a Comment