Thursday 1 January 2015

Gyu-Kaku Japanese BBQ Restaurant, Publika Solaris

MHello semua..selamat memasuki tahun 2015..apa korang buat harini? Cik Yaya pagi tadi bangun rasa lapar terus pegi mkn wantan mee..lepas tu pegi melawat bff Cik Yaya yang kurang sihat. Cik Yaya doakan bff Cik Yaya cepat sembuh. Lepas dari tu apa lagi activity makan...harini Cik Yaya pergi makan di Gyu-Kaku Japanese Restaurant, Publika. Ini pertama kali Cik Yaya cuba japanese bbq, selalunya bbq berpeluh2 panas kan tapi kt sini memang sangat2 selesa. Takde asap berkepul2 yer hehehehe.


Ade bib lagi yer .. Bagus utk yang suka pakai baju putih mcm Cik Yaya ni. 


Dah panas membara yer utk di panggang. Wagyu nya tersangatlah sedap tapi seafood platter biasa2 sahaja.
Ini antara gambar-gambar yang Cik Yaya ambik sebab dah start makan dah x sempat nak ambik sebab kelam kabut membakar hehehe.





Untuk desert Cik Yaya order Green Tea dan Black Sesame dengan red bean. 
Memang banyak daging kita order dan sangat berbaloi rasanya. Nanti korang boleh la cuba kalau nak rasa mkn bbq dalam keadaan tenang dan tak panas. Agak ramai jugak pelanggan sebab boleh dikatakan penuh masa Cik Yaya pegi. 
Ok korang selamat tahun baru. Chow Chin Chow 😘

Sunday 30 November 2014

Hammam Bistro

Hi semua apa korang buat hari minggu..Cik Yaya lepak2 saja dan petang keluar makan di Hammam Bistro. Cik Yaya tak tahu pulak Hammam ni ade Cafe sebab yang tahu ada spa je. Hammam Spa ni best sgt. Korang patut cuba. Ok nanti kita cerita pasal spa harini kita cerita pasal makanan. Cik Yaya pegi Hammam di Publika sebab kt sini yang ada cafe yang di Bangsar Village hanya ada spa. 






Ok itu antara menu-menu yang ada di Hammam Bistro. Cik Yaya order Berber Slimming Tea, ini konon2 nak buang toxins dalam badan :(.


Menu pertama adalah Hammam Bistro Home Smoked Salmon with Avocado, Rocket Leaves & Roasted Cherry Tomatoes. 



Rotinya sangat sedap yer tuan-tuan dan puan-puan hehehehe. Ada balsamic caviar utk makan dengan roti.


Yang ini plak Cravette Au Beurrre: Sauteed Prawns in Herb and Garlic Butter.

Ok main course plak Cik Yaya makan ni



Yang atas tu lamb meatball dan telur dan dibawah tu ayam. Fuh memang kenyang uolsss. Tapi walaupun dah kenyang Cik Yaya tetap ada pemanis mulut.


Creme Brulee dia memang tak rugi di order. Sedap betul. Secara keseluruhan sangat best makan kt sini sebab makanan yang sedap dan pelayan2 nya sangatlah friendly.




Ini gambar di dalam, tapi Cik Yaya duduk diluar. Ok kalau korang nak cuba pegilah makan di G4, Publika Shopping Mall. Kalau rasa nak spa pun boleh sebab sebelah saja spa nya :)

Saturday 22 November 2014

Botak!!

Korang pernah alami rambut gugur yang teruk tak? Baru-baru ni Cik Yaya ada problem dengan rambut . Gugur yang melampau2 sampai botak ada bahagian kepala :).. Sedih sangat rasa sebab Cik Yaya ni seorang yang sangat pentingkan rambut. Dah cuba beberapa shampoo tapi tak berkesan. Haritu Cik Yaya ada berbual dengan Cik Irene dia bagitahu yang dia tengah cuba shampoo dan tonik V Asia. Cik Yaya pun apa lagi cepat-cepat ke kedai nak beli. Korang pernah jumpa tak shampoo dan tonik ni.


Lihat ada lelaki ganteng disitu hehehe.


Ini Cik Yaya beli yang pack macam ni ada sekali shampoo kecil dan tonik. Harga Rm27.00. Pakai tonik ni sejuk jer kepala rasa. Alhamdulilah rambut sekarang dah kurang gugur. Dan Cik Yaya pun dah repeat beli utk shampoo. Kalau korang ada masalah rambut gugur boleh mencuba V Asia :).


Friday 21 November 2014

My Mum's Place

Harooooo .... Dah lama x tulis menulis ... Oh semalam tiba-tiba teringat sangat nak makan petai hehehe .. Oh Cik Yaya memang penggemar makanan kampung.   Jadi lepas maghrib terus siap-siap ke My Mum's Place. Ini antara Restoran kegemaran Cik Yaya dan di antara menu nya ada terdapat petai hehehe. Ok mari lihat apa yang Cik Yaya mamam semalam. 


ABC yang sedap sebab dia letak gula melaka :).


Pan-fried Tiger Prawns with Butter Garlic. Ini menu wajib setiap kali datang.


Ayam Sambal Petai :). Mula-mula nak udang sambal petai tapi sbb dah ambik tiger prawns baik cuba ayam pulak. Sedap jugak ayam masak petai.


Telur dadar semestinya. Telur dadar ni penuh dengan udang.


Sayur keledak pun antara menu yang wajib di order setiap kali datang.


Selalunya Cik Yaya akan mintak kuah asam pedas dia. Sangat sedap!! Atau nak mintak kuah masak lemak pun boleh :). Sesiapa yang suka makanan portugese boleh cuba di restoran ini yang terletak di Damansara Perdana. 


Sunday 9 November 2014

Mari Berketam

Semalam birthday abang Cik Yaya, jadi Cik Yaya ajak dia pegi makan2 dan dia request nak makan ketam :) . Jadi ke sini lah kita berketam semalam. 

 
Kami ke Restoran Kayu Manis di Bukit Jelutong. Cik Yaya macam biasa order air kegemaran Air Kelapa Special. 


Jadi mari kita lihat menu apa yang Cik Yaya makan semalam. Ada yang menu tak sempat Cik Yaya ambik gambar sebab dah kusyuk mengopek ketam hehehe.






Terliur jadinya heheheheh..ok sesiapa yang mengidam ketam marilah ke sini :)



Sunday 2 November 2014

Pemanis Mulut


Panas-panas petang ni terus Cik Yaya teringat benda-benda manis yang sejuk2. Kalau dapat nutella tart sedap ni. Oh ya semalam time-time hujan tu Cik Yaya keluar minum petang dengan family. Dan semestinya mencari pemanis mulut.


Kita ke The Daily Grind. Main menu semestinya burger tapi petang tu kita order 3 waffle makan bersama. 


Sedap wafflenya ..tapi kalau strawberry tu manis lagi yummy. Inilah gang jalan-jalan cari makan Cik Yaya.



Petang ni nak minum petang di mana pulak. Emmmmmmm....

Saturday 1 November 2014

Spray Lotion Palmer's

Kalau sebut pasal lotion memang Cik Yaya surrender. Cik Yaya selalunya waktu time nak beli berkobar2 dalam hati nak pakai tapi dah sampai rumah terus lupa atau buat2 lupa hehe. Tapi tidak lagi sekarang sbb Cik Yaya beli lotion yang style spray. Memang sgt senang nak apply, memang dah takde istilah pemalas lagi kecuali pemalas nak press jer. Sekarang Cik Yaya guna lotion ni.


Sangatlah senang sebab tak berminyak dan senang absorb. Bau dia pun sedap ala2 rasa nak jilat gitu.



Ok dah spray kt tangan, pastu boleh terus sapu2. Tapi yang paling senang adalah nak spray dikaki. Sebelum tido spray kaki dan bau nya boleh terasa satu bilik wangi. Mari sama2 kita melembutkan kulit, Cik Yaya selalu cemburu dengan my BFF Cik Irene, sebab dia mmg hantu lotion dari zaman muda belia :). Itu sebab kulit lembut mulus tak macam Cik Yaya yang mcm pekerja buruh ni. Ok chow chin chow :)