Saturday 1 November 2014

Tam Nasi Ayam



Hari Sabtu semestinya hari untuk mencuba makanan baru. Hari ni Cik Yaya keluar mencari makanan bersama sepupu-sepupuku yang comel Alah dan GG. 


Korang pernah dengar Restoran Tam Nasi Ayam tak? Restoran ni dekat Sek 23, Shah Alam dan semestinya main menu adalah nasi ayam. Konsep dia ala2 dalam satu kedai ada byk2 gerai. Ada jual pisang goreng cheese, roti naan, burger bakar, sate, takoyaki, waffle, durian crepe dan western food.
Ok mari kita lihat menu apa yang Cik Yaya order.







Kita order 2 nasi ayam biasa, 1 nasi ayam special dan sup kaki ayam. Kalau nasi ayam special dia lebihkan nasi dan ayam. Mcm gambar di bawah.


Oh yer, yang bestnya ada air asam makan dengan nasi. Mmg sedap air asam ni. Kalau makan dengan ikan terubuk yg kakak Cik Yaya tengah masak dekat rumah tu lagi terangkat. Nyummm..


Makanan kt sini kalau dari 5 bintang, Cik Yaya kasi 4 bintang (suara Nora Danish hehehe). Ayam yg Cik Yaya makan ayam golek dan keras isinya, harap-harap next round ayamnya lembut. Sebelum balik kita tapau ini :)


Ok Cik Yaya nak balik makan ketupat jagung dan rendang daging hijau yang kakak tengah masak tu :)

1 comment:

  1. Assalamualaikum Puan/Tuan,

    Saya mewakili Restoran Tam Nasi Ayam ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas catitan tangan dari pihak tuan/puan di dalam blog masing-masing. Pihak kami akan mengadakan 1 Majlis Ramah Mesra bersama pemilik TNA sendiri sebagai tanda penghargaan. Jika tidak keberatan, Tuan/Puan boleh tinggalkan contact No. untuk memudahkan sesi temujanji kita. sila emailkan contact no puan ke alamat email ini
    byondsuccess@gmail.com

    Sekian, Terima kasih

    ReplyDelete