Sunday 26 October 2014

Mee Tarik Warisan Asli Muslim Timur



Cik Yaya ni mcm bakal jadi Maria Tunku Sabri plak..asyik activity ngap jer dari pagi hingga petang. Dah lama Cik Yaya nak cuba mee tarik ni tapi asyik jer malas nak pegi sebab sebelum ni tahu kedai dia kt Dang Wangi jadi malasnya nak pegi dekat area tu. Abang Cik Yaya yg perkenalkan mee tarik ni. Jadi tadi kita pergi makan sesama. Ini anak buah Cik Yaya, Echa dah berposing ambik gambar.
First menu yang sampai, kambing masak ape ntah. Lupa plak namanya. Cik Yaya order air mcm byk daun rumpai, tapi ok jer rasa dia. Ala2 minuman kesihatan. 



Tengok macam ada cili kan dalam air ni. Tapi rasanya manis bukan cili sebenarnya. Kakak ipar Cik Yaya kara air ni boleh menyejukkan badan. Tak tahulah betul ke tak.


Ini mee yg kita order. Cik Yaya order yg ade mushroom hitam tu. Sedap rasanya. Kiranya lepas ni boleh repeat lagi datang. Oh sementara tunggu makanan sampai, Cik Yaya sempat snap gambar dari jauh tukang buat mee tu menarik mee. Mungkin dari situ kot dapat nama Mee Tarik. Mari kita lihat gambar abang mee. Gambar blur sebab Cik Yaya malu nak pergi dekat, dari zoom jer dari tempat duduk hehehe.



Ok korang nanti boleh cuba yer, Cik Yaya suka sebab pedas2 dan mee dia x muak. 




Vanggey Oh Vanggey



Dah lama sebenarnya Cik Yaya nak cuba mkn di Vanggey nasi kandar ni. Setiap kali balik Perlis mesti nak stop di Ipoh. Tapi selalunya angan angan tinggal angan je hehehe.. Oh ya Vanggey dah ade bukak di Seksyen 19 Shah Alam. Betul-betul belakang Shell dan row Speedmart. Kakak Cik Yaya memang pelanggan setia di sini. Pagi ini kakak2 Cik Yaya ajak pegi brunch, apa lagi laju2 la zroommm ke Shah Alam. Makanan memang sedap, Cik Yaya makan ayam goreng, telur ikan dan peria goreng. Dia ade letak macam sambal kelapa. Ini yang buat kick. Adoiii tengah tulis ni pun dah terliur teringat. Memang next week repeat gi makan lagi. 

Ini makanan Cik Yaya makan. Makanan kakak kakak Cik Yaya tak sempat nak snap diorg dah ngap dulu hehehehe. Ayam goreng dia memang sedap sebab Cik Yaya rasa mungkin dia perap ayam tu sebelum goreng. Kalau tak percaya kesedapannya cuba tengok anak buah Cik Yaya, Chacha makan ayam goreng hingga menjilat dagu hehehe.




Tuesday 21 October 2014

Teh Laris Kafe

Ahad lepas Cik Yaya ada pegi minum petang di Teh Laris Kafe. Pertama kali cuba di kafe ni sebab kakak Cik Yaya cakap sedap. Kafe ni terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Sebenarnya takde niat pun nak minum di kafe ni tapi lepas membeli barang di Bagus terus singgah di kafe. Secara keseluruhan, sedap makanan2 di sini. Haritu kita order mee rebus, soto, lempeng, tauhu bakar dan fries. Harga pun agak berpatutan. Ok x guna banyak membebel. Mari kita layan gambar :). Adoi hujan2 terus rasa lapar Cik Yaya.

  








Monday 20 October 2014

Cel - Derma Face Mask

Selamat pagi dan happy deepavali yg menyambutnya harini. Cik Yaya tak ade buat apa2 pagi ni. Masih bergolek golek jer di katil sambil memanjakan muka pakai mask. Oh baru2 ni Cik Yaya dapat hadiah face mask dan eye mask dari kenalan di Korea. Sebelum ni mmg banyak jenama korea yg Cik Yaya pki tapi ini yg paling best sebab dia gel dan mmg betul2 terletak je kt muka mask tu. Mask yg Cik Yaya pki ni untuk wrinkle care, whitening, hydrating, firming dan nourishing. Bak kata semua sekali terangkum dalam mask ni. Mmg haritu lepas balik holiday Cik Yaya punya kulit muka mcm kusam sikit. Letak mask ni nampak ade perubahan. Masalahnya sekarang stock dah abis tak tahu lepas ni nak cari kt mana sebab dah check di website dia www.genic21.com langsung tak paham apa dia kata. Hehehe. Xpelah nanti Cik Yaya tanya dengan abg google. Ok semua jom kita ber face mask .. :) . Kalau ada sesiapa tahu kt mana nak beli share2 lah dengan Cik Yaya.

         





Thursday 16 October 2014

Cerita Cik Yaya

Tajuk entry macam cerita purbakala. Disebabkan ini adalah entry pertama jadi sudah pastinya entry tentang Cik Yaya. Idea untuk buat blog tiba-tiba tercetus sebab Cik Yaya selalu susah tidur jadi Cik Yaya rasa ada baiknya Cik Yaya menulis sebab kesukaan Cik Yaya terhadap makanan, kecantikan, fashion dan lain-lain akan Cik Yaya kongsikan di blog ini. Orang yang mengajar Cik Yaya untuk berblog adalah kawan baik Cik Yaya iaitu Irene Sue http://irenelillyanasue.blogspot.com . Ok semua kita bertemu lagi Cik Yaya nak cuci mask di muka ... Tata titi tutu 


Oh lupa Tadi pegi makan Char Kew Tiaw di Malis Corner untuk memenuhi tekak Cik Yaya yg nak menelan jer ni :( . Puas hatiku sedap :)